Monday, May 14, 2012

Mesti buat!

Semua orang ada dia punya pantang larang atau perkara yang wajib buat atau perkara harian yang dah terbiasa buat dalam hidup ni kan?Dan memang tak boleh diubah atau ditinggalkan.Kalau tak buat satu hari tak sah.Haa cenggitu.

Sebagai seorang manusia,tak kira lelaki perempuan,kita sudah dididik dan diajar sejak dari kecik lagi macam mana nak jaga diri kita.Daripada aspek kebersihan,pemakanan,pakaian,pertuturan,pergaulan dan sebagainya lagi.


Jadi harini saya nak kongsikan saya punya pantang dan larang.

  • Setiap kali selepas makan tengahari dan malam.; kalau makan kat rumah. Saya hanya akan minum air kosong selepas 15 atau 30 minit selepas makan.
  • Setiap pagi sejurus selepas bangun je dari tidur saya mesti kena mandi terus.
  • Saya tak pernah tidur tanpa moisturizer di muka,tangan dan kaki.
  • Saya suka sapu minyak angin yang dikenali sebagai minyak tok timah(oleh saya dan cousin2 saya di kg) sebelum tidur sebab bau minyak tu best!
  • Kalau bab minum air pulak; saya kena minum air yang dinamakan sebagai air panas semasa air tu masih panas sahaja.Contohnya: kalau buat air milo untuk sarapan,saya akan buat dengan menggunakan air panas semata mata, tiada penambahan air kosong.Saya tak berapa suka sangat minum air milo yang dah sejuk.Lainlah kalau memang saya nak minum milo ais.
  • Kalau bab basuh rambut pulak,setiap kali basuh rambut saya wajib syampu.
  • Bab kuku: Saya potong kuku setiap hari Khamis atau Jumaat.(depends pada panjang kuku)
  • Setiap kali keluar bilik air saya harus basuh tangan dan kaki.
  • Saya suka lipat kain telekung saya sendiri.
  • 3minggu sekali saya harus tukar cadar baru dalam bilik.
  • Saya suka alih perabut dalam bilik atau rumah kalau saya bosan.
  • Hari hari sebelum masuk tidur saya harus kemas bahagian dapur.eg: susun pinggan dalam heater, ikat plastik sampah, lap dapur gas, dan basuh semua pinggan selepas guna adalah perkara paling wajib bagi saya.
  • Saya lagi prefer saya yang basuh pinggan semua orang dalam rumah ni.

Korang semua pulak macam mane?
heee


Err. Saya rasa cukuplah itu sahaja untuk entry kali ini.
bye.


No comments:

Post a Comment