Friday, April 20, 2012

Daddy!

Hai assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita perihal seorang insan yang bergelar ayah.
Ayah/babah/papa/bapak/daddy.
Panggilan yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama iaitu gelaran kepada seorang insan yang telah membesarkan kita dengan tulang empat keratnya/yang menjaga kita dengan penuh kasih sayangnya,yang telah bersengkang mata dikala kita meragam dimalam hari,yang telah bertungkus lumus memujuk kita untuk ke sekolah dan macam macam lagi.

Pernah tak kita terfikir macam mana susahnya seorang ayah mencari nafkah untuk keluarganya?
haaaa,tak kan?

Apa yang kita pandai?
"ayah,besok orang nak keluar.Mintak duit sikit."

......................................................................

"ayah,besok orang nak guna kereta,so ayah jangan lupa isi minyak."

.....................................................................

"ayah,nak duit nak beli kasut la,kasut orang da haus ni."

....................................................................

"ayah ni  orang da cakap da orang nak makan nasi lemak tadi kan kenapa beli nasi minyak pulak?"

.....................................................................

tssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssskk.

Semua yang diatas hanyalah contoh yang saya ambil dalam tv saja.
jangan salah faham yek.

kalau ada yang termakan cili tu pergi lah minum air banyak banyak.

huhu

so  nak dijadikan cerita,walaupun seorang bapa susah nak menunjukkan kasih sayang dan keprihatinannya terhadap anak anaknya.Tetapi dia sebenarnya sangat dan teramatlah menyayangi semua anak anaknya.

Kalau  anaknya telefon;
"ayah,orang last paper 31hb mac ni,pukul 9-12..nanti ayah datang ambil eh?"

"okay,nanti ayah pergi ambil"

"banyak ke barang nak bawak balik?"

"banyak la jugak,orang tanak naik bus,sakit sakit badan la ayah"

.................................................................................................

so satu family lah ke perak untuk mengambil anaknya itu.

walaupun balik hari tapi siapa tahu kasihnya ayah membawa ke syurga.

we love you ayah!


Teaser.

bawal leopard.


red




black


pashmina leopard

red



bawal LV

black


Biar mimpi sampai ke bintang

Semua orang ada impian kan?

Definisi impian :

Impian adalah sesuatu yang ingin kita raih, kita dapatkan, atau kita capai (ingat impian berasal dari kata impi, yang memiliki relasi dengan kata mimpi).

Siapa yang tak pernah bermimpi masa tidur memang tipulah.hee

Impian semua orang berbeza beza.Ada yang nak berjaya dalam hidup la,nak kawen dengan anak raja la,nak jadi datin la,nak anak ramai la,nak jadi isteri mithali la,nak jadi anak yang baik la.
Macam macam lagi.

Saya pun ada impian jugak.Bagi saya impian ni merupakan salah satu motivasi pada diri saya.Siapa yang ada impian mesti ada keinginan untuk merealisasikan impian tu kan?

Sama lah jugak macam saya.Impian kita adalah semangat kita.

Kalau baik impian kita maka hasilnya baik la.
Insyaallah.

Saya ada banyak gila impian.

Lepas satu satu impian.
 Nak tahu apa impian saya?

haaa tengok ni;

  1. saya nak jaga umi dan ayah macam mana umi ayah jaga saya.
  2. saya nak bukak restoran francais(mcd adalah yang utama).
  3. saya nak jadi orang yang tak sombong.
  4. saya nak buat umi ayah adik adik semua gembira.
  5. saya nak bawak umi ayah melancong dan melencong.
  6. saya nak beli rumah .
  7. saya nak beli kereta.
  8. saya nak kerja saya sendiri.
  9. saya nak berjaya dunia akhirat(siapa tanak kan?).
  10. saya nak jadi kakak/kawan baik kepada adik adik saya.
  11. saya nak jadi seorang isteri yang solehah(maybe one day).
  12. saya nak langsaikan hutang PTPTN saya sendiri(tanpa bantuan ayah).
  13. saya nak adik adik saya berjaya.
  14. saya nak bukak rumah orang orang tua(insyaallah).
  15. saya nak pergi Mekah.
  16. saya nak semua kawan kawan saya ada masa saya kawen nanti(haha).
  17. saya nak berubah.
  18. saya nak berubah.
  19. saya nak berubah.
  20. saya nak mati dalam Islam.
Haaaaaa da la tu,kang pening pulak baca banyak banyak kang.

Itulah sebahagian daripada impian saya.
Banyak lagi sebenarnya.heee

so kongsi kongsi lah apa impian kamu.
:)