Wednesday, February 29, 2012

motif sensitif c:

Assalamualaikum.

Sensitif.satu perkataan yang selalu dikaitkan dengan perempuan.Ye memang perempuan ni sensitif.Sangat sensitif.Bukan sengaja dibuat buat ye tapi memang dah termasuk dalam pakej ni.Dah sebati dalam diri.Kata orang tua tua hati perempuan ni macam tisu.Tak kisah la tisu brand apa pon kan.Asal nama tisu je,macam tu la hati perempuan ni.

Saya sendiri pon sensitif.Boleh dikatakan sensitif ni macam keturunan jugak la kot.Sebab family sebelah umi saya,ha ye atok ayah saya sangat lah sensitif.Sensitif dari banyak sudut.So semua pakcik makcik saya yang seramai 7 orang tu semua nya sensitif.SEMUANYA.Termasuk lah umi saya.So nak dijadikan ceritanya,semua anak beranak Haji Atan sensitif.Lebih lebih lagi yang perempuan lah kan.

Menangis adalah salah satu daripada luahan kepada reaksi sensitif itu sendiri.Sensitif terhadap perkara yang sedih,perasaan marah,perasaan takut,haih macam macam lah sensitif ni.Banyak sangat sensitif ni.Subjektif.
Macam saya sendiri,saya sangat lah sensitif.Pantang tengok orang menangis,mesti saya pon menangis.Serius!Tak tipu.Adik saya selalu perli,asal tengok cerekarama,korean movie,hindustan,telemovie,love story,cerita kelakar,cerita seram atau apa apa cerita jela.tak sah kalau tak menangis walau setitik dua.

Hahah tak senonoh kan?Tapi memang itu adalah saya.Saya tatahu kenapa saya senang gila nak menangis kalau tengok cerita cerita yang ada terselit bahagian bahagian yang sedih ni.Mungkinlah saya terlalu menghayati cerita cerita tu semua kot.;p

Atau dengan kata lainnya,saya suka meletakkan diri saya di tempat orang yang melakonkan wataak sedih dalam semua cerita cerita tuh.haaaa lagi lah tak boleh blaa kau nabila hoi!Melampau pulak dia nak feeling artis!hohohoh

Lagi satu saya memang suka nak sensitif sesorang bila orang yang saya tengah bercakap atau bertanya tu guna nada suara yang tak sepatutnya dengan soalan yang saya tanya tu.Tssk.Betul,lepas tu mula lah saya nak diam je sampai bila bila.Sampai lah saya rasa saya dah ok.

Err,jadi buat masa sekarang ni sampai sini jela cerita saya pasal isu sensitif ni ye.

Sekian.

Tuesday, February 28, 2012

mencari sesuap kek keju~


                                                      Ini adalah kain bawal plain 1 tone.



                                           
                                                  Ini adalah kain bawal plain dual tone.


Assalamualaikum.Ini ada satu kisah tentang seorang budak perempuan yang bila dia tengok orang lain berniaga online dia pun nak try.So uols nampak kan gambar tudung kat atas tuh ?haaa dia lah yang jual,katanya dia dah lama plan nak buat bisnes online cuma tak berkesampatan.Jadi inilah percubaan yang pertama untuk dia.

Untuk teaser ni dia test market dengan menjual tudung bawal 1 dan dual plain.Mungkin kalau ada rezeki lebih,dia akan cuba dengan dress,tops,pants,dan beg.InsyaALLAH.Budak perempuan ni hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Semua tudung ni dijual dengan harga 10MYR /sehelai.Untuk maklumat lanjut dan sebarang urusan jual beli boleh la ke page dia di Butterfly vs Hijab 687.Mohon like sekali dua yek.

Dia cakap dia cuma nak mencari sesuap kek keju untuk mengisi perut dikala waktu minum petang.hehehh
Dia cakap lagi kalau uols like page dia ni,dia sayang korang sampai bila bila.huhuu

#propa sangat dia ni kannnn?

Sekian.
p/s:nabila zahari sayang kamu.