Tuesday, December 27, 2011

marah?so diam.


Pernah tak rasa marah yang melampau lampau dekat seseorang?saya pernah.dan saya tak tahu macam mana nak kawal kemarahan tu.serious!err biasanya kalau saya marah,saya akan lepaskan pada orang yang saya marah tu.semuanya okay.faham kan apa yang orang yang tengah marah akan buat?heeeeewwww err then lepas tu dalam beberapa ketika,bila rasa marah tu da tak ada kann..tibatiba je terus ter'recall' balik semua yang saya da buat dan cakap masa saya dalam keadaan marah tadi tu.teruk gila kann?ya,memang saya rasa sangat teruk.

so bila saya dah ter'recall' balik kan segala benda yang dah terjadi tu,saya menyesal lah pulak kan..bak kata pepatah: sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

saya memang selalu macam tuh.bertindak TANPA berfikir.saya TERUK.

jadi saya rasa saya nak buat sikit perubahan pada diri saya.tadelah secara drastik,tapi slowly lah kann..insyaallah bila saya marah saya akan tenangkan hati saya dengan cara ni:

1.diam.
2.amik wuduk.
3.duduk.
4.fikir.
5.mengucap banyak2.
6.tidur.

heee itulah yang saya akan cuba praktikkan mulai sekarang.tolong doakan saya ye kawankawan.

Monday, December 19, 2011

souley souley part 2~~

17.lontong sate.
18.mee soto.
19.lai ci kang.(terbaikkkk)
20.nasi ambang.(juga tak dilupakan)
21.cendol kat bandar bp.(rm1)

hewhew..kalau cerita pasal makanan ni memang sepuluh hari sepuluh malam pun tataw la habis ke tidak..heeee err so far dalam banyak banyak cucu perempuan atuk,saya adalah salah seorang diantara mereka yang memang suka makan,tapi takut nak masak.sebab nya,pernah ada kejadian yang menyebabkan saya trauma untuk goreng menggoreng ni..huhu..so kalau nak goreng pape je mesti nak kena ada orang yang duduk sebelah,baru rasa berani sikit..kalau nak dibandingkan kalau duduk kat dapur sorang sorang.

kalau nak merasa masakan masakan johor,jemputlah datang ke rumah saya pada waktu umi saya cuti yek..tak pun mai lah ke kampung saya..tak jauh pun..dekat batu pahat je..dekat sangat dengan tasik y..hehe

sekian dulu dari saya..
wassalam.

souley souley~~

Hai,hari ni saya nak share pasal makanan lagi.tapi kali ni saya nak share makanan orang johor.al maklumlah saya ni kacukan besut dengan batu pahat.:P
hehehehhh,kalau sebut je negeri johor orang mesti akan fikir asam pedas kan?yeah..that was my all time favourite.saya memang sangat suka kan masakan dari air tangan semua orang perempuan dalam family umi.SEMUA nye.heh sebab semua perempuan perempuan itu sangat lah pandai memasak dan yang paling penting tak lokek ilmu bab bab masakan ni ha.
senarai makanan favourite johorian:-
1.asam pedas.
2.sambal goreng.(versi sayur)
3.mee bandung.
4.janganan.
5.laksa johor.
6.sambal goreng.(versi semua bhg dalaman lembu.eg:limpa,hati etc..)
7.rojak.
8.sambal kicap.(sedapp ohh bila cicah dengan pisang goreng)
9.tauhu bakar.
10.lontong.
11.nasi beriani gam atok ayah.(sumpah terangkat)
12.murtabak ayah ngah.
13.ikan 3 rasa ayah ngah.
14.jantung pisang yang direbus.
15.ikan pais.
16.pecal.

ada banyak lagi tapi tak ingat da..hehe kalau time mengidam nak makan tu bole plak ingat kann..haha okay,tiba-tiba teringat kalau nak time nak raya je mesti semua orang kena join satu aktiviti yang dipanggil "rewang".pernah dengar tak?ha rewang ni dalam bahasa johornye..kalau dalam bahasa negeri pahang,ape ye?saya pon tak pasti..hehe tapi rewang ni macam gotong royong la..macam tolong kopek bawang beramai ramai..potong sayur,goreng ayam,rebus limpa,paru dan yang sama waktu la dengan nya..hehe so kalau kat rumah batu pahat..macam tu lah kami semua akan buat..seronok sangat..memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.sebab semua orang akan terlibat bila rewang ni ha.pastu time makan memang lagi lah meriah kan sebab makan ramai-ramai.hehe kejap ea atok ajak p pasar lambak la pulak.hehe johorian panggil pasar malam=pasar lambak.

p/s:nanti saya sambung lagi okay.

........

Sunday, December 18, 2011

teringin~

dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena,saya teringin nak makan makanan yang tade dalam rumah saya.hewhew..misalnya,saya teringin nak makan nasi kerabu yang memang sedap,mee kari the chicken rice shop,tomyam secret recipe,bubur nasi the village food,pengkalan chepa.haih bila nya nak dapat makan semua benda ni?musim hujan memang perut banyak ragam ea?asyik mintak diisi je setiap masa.tak pun,bila mana kalau saya kebosanan,apa yang saya akan fikirkan mula-mula sekali adalah makanan,sebab saya sangat suka makan.tapi,saya ada satu sifat yang pelik bin ajaib sikit bab bab makanan ni,saya tak akan makan makanan yang bukan-bukan(kalau makanan beli lah).Contohnya,saya tak akan makan timun dalam nasi lemak,sambal belacan buatan kedai,nasi ayam selain nasi ayam umi buat dan nasi ayam the chicken rice shop,sebarang jenis sayur-sayuran yang dijual di kedai makan,dan banyak lagi lah..kalau nak tulis semua nya memang tak solat maghrib lah saya nanti kann..sebab terlalu banyak sangat pantang larang saya dalam bab bab makanan ni..:) bukan mengada-ngada atau memilih tapi bagi saya,kalau kita makan makanan yang bersih,kita pun akan sihat dan selesa.lagi pulak,perut saya ni memang cepat detect kalau sesuatu makanan yang saya makan tu bersih atau tidak.sebagai bukti nya,kalau saya makan nasi lemak tengahari,dan nasi lemak tu okay(bersih),maka saya tak akan ke tandas.(paham la kan),tapi kalau makanan tu kurang bersih,tak sampai 5 minit saya habis makan makanan tu,terus saya akan ke tandas.automatically.itulah perut saya.canggih kann?awak ada?:P

Saturday, December 17, 2011

sedih :(

melayu.one word.sekarang ni saya sangat kesal dan kecewa dengan bangsa saya sendiri terutamanya kaum lelaki.okay mungkin lah tak semua lelaki yang sama bangsanya dengan saya jahat dan tak bertamadun.sesetengah sahaja tapi it still melayu kan?kenapa perlu kita merompak dan meragut untuk dapat sesatu hasil?kenapa kita tak boleh cari kerja yang mungkin lebih elok dan mempunyai masa depan.ye lah kalau tak banyak mungkin sikit daripada gaji yang kita dapat tu kita boleh simpan kan?yang lain boleh dibagi bagikan untuk belanja keluarga.tolong mak ayah..hurmmm saya sendiri pun tak la baik mana..tapi saya masih mempunyai moral dan adab.tak pernah terlintas di kepala saya untuk buat sesuatu yang jahat.tapi satu je yang saya nak pesan,kita adalah apa yang kita makan.dari mana datangnya duit yang kita guna untuk beli makanan,dari situ jugak lah semua nya bermula.darah daging kita haram jika kita makan benda yang datang nya dari sumber yang haram dan sebaliknya..renungkan lah.