Monday, December 19, 2011

souley souley~~

Hai,hari ni saya nak share pasal makanan lagi.tapi kali ni saya nak share makanan orang johor.al maklumlah saya ni kacukan besut dengan batu pahat.:P
hehehehhh,kalau sebut je negeri johor orang mesti akan fikir asam pedas kan?yeah..that was my all time favourite.saya memang sangat suka kan masakan dari air tangan semua orang perempuan dalam family umi.SEMUA nye.heh sebab semua perempuan perempuan itu sangat lah pandai memasak dan yang paling penting tak lokek ilmu bab bab masakan ni ha.
senarai makanan favourite johorian:-
1.asam pedas.
2.sambal goreng.(versi sayur)
3.mee bandung.
4.janganan.
5.laksa johor.
6.sambal goreng.(versi semua bhg dalaman lembu.eg:limpa,hati etc..)
7.rojak.
8.sambal kicap.(sedapp ohh bila cicah dengan pisang goreng)
9.tauhu bakar.
10.lontong.
11.nasi beriani gam atok ayah.(sumpah terangkat)
12.murtabak ayah ngah.
13.ikan 3 rasa ayah ngah.
14.jantung pisang yang direbus.
15.ikan pais.
16.pecal.

ada banyak lagi tapi tak ingat da..hehe kalau time mengidam nak makan tu bole plak ingat kann..haha okay,tiba-tiba teringat kalau nak time nak raya je mesti semua orang kena join satu aktiviti yang dipanggil "rewang".pernah dengar tak?ha rewang ni dalam bahasa johornye..kalau dalam bahasa negeri pahang,ape ye?saya pon tak pasti..hehe tapi rewang ni macam gotong royong la..macam tolong kopek bawang beramai ramai..potong sayur,goreng ayam,rebus limpa,paru dan yang sama waktu la dengan nya..hehe so kalau kat rumah batu pahat..macam tu lah kami semua akan buat..seronok sangat..memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.sebab semua orang akan terlibat bila rewang ni ha.pastu time makan memang lagi lah meriah kan sebab makan ramai-ramai.hehe kejap ea atok ajak p pasar lambak la pulak.hehe johorian panggil pasar malam=pasar lambak.

p/s:nanti saya sambung lagi okay.

........

No comments:

Post a Comment